Sifu kecil berlagak :)



The master has become the student!Shaolin kid shows Jackie Chan how it's done.
Posted by Shanghaiist on Friday, October 23, 2015

Anak Robert Kuok jual pakaian terpakai

Yen

Bapanya merupakan hartawan paling kaya di Malaysia, tetapi anak pula sekadar berniaga pakaian terpakai.

Keadaan itu berlaku pada Yen, 26, anak perempuan kepada Tan Sri Robert Kuok yang turut mendapat gelaran sebagai Raja Gula Malaysia.

Yen yang menjual barang berjenama terpakai di Internet berkata, ahli keluarganya tidak pernah mengharapkan dia menjadi seorang ‘puteri’ tetapi melatihnya secara tegas.

“Cara keluarga saya sangat ketat malahan saya tidak diberikan wang saku. Semasa di sekolah, wang saku kawan saya juga jauh lebih banyak berbanding saya,” katanya dalam wawancara dengan media Hong Kong yang kemudian dipetik China Press.

Yen merupakan pengasas laman Guiltless.com yang menjual pakaian-pakaian dan produk berjenama terpakai.

Dia mendapat inspirasi untuk memulakan perniagaan itu kerana sering membeli pakaian terpakai semasa melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat.

Selain membeli pakaian terpakai, Yen juga dilaporkan bertukar pakaian dengan kawan-kawan di kampus.

“Semasa kecil, bapa pernah berpesan bahawa nenek saya tidak suka saya menjadi ‘puteri’ keluarga berada,” katanya.

Menurut Yen, dia sendiri hanya memiliki pakaian berjenama sendiri ketika berumur 17 tahun apabila seorang abangnya menghadiahkan pakaian jenama Viktor&Rolf.

Menurutnya, ayahnya amat menyayanginya dan tidak memaksa dia mendapat keputusan A dalam peperiksaan.

“Ayah asyik memberitahu bahawa pergi ke sekolah bukannya untuk menuntut pelajaran tetapi untuk memperluaskan pandangan.

“Ayah tidak memaksa saya mendapat A dalam peperiksaan, ayah kata dapat B pun tidak apa,” katanya.

Kredit : kualalumpurpost.net

Niaga Klik

Search This Blog

Total Pageviews

Popular Posts