Sifu kecil berlagak :)



The master has become the student!Shaolin kid shows Jackie Chan how it's done.
Posted by Shanghaiist on Friday, October 23, 2015

Anak Robert Kuok jual pakaian terpakai

Yen

Bapanya merupakan hartawan paling kaya di Malaysia, tetapi anak pula sekadar berniaga pakaian terpakai.

Keadaan itu berlaku pada Yen, 26, anak perempuan kepada Tan Sri Robert Kuok yang turut mendapat gelaran sebagai Raja Gula Malaysia.

Yen yang menjual barang berjenama terpakai di Internet berkata, ahli keluarganya tidak pernah mengharapkan dia menjadi seorang ‘puteri’ tetapi melatihnya secara tegas.

“Cara keluarga saya sangat ketat malahan saya tidak diberikan wang saku. Semasa di sekolah, wang saku kawan saya juga jauh lebih banyak berbanding saya,” katanya dalam wawancara dengan media Hong Kong yang kemudian dipetik China Press.

Yen merupakan pengasas laman Guiltless.com yang menjual pakaian-pakaian dan produk berjenama terpakai.

Dia mendapat inspirasi untuk memulakan perniagaan itu kerana sering membeli pakaian terpakai semasa melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat.

Selain membeli pakaian terpakai, Yen juga dilaporkan bertukar pakaian dengan kawan-kawan di kampus.

“Semasa kecil, bapa pernah berpesan bahawa nenek saya tidak suka saya menjadi ‘puteri’ keluarga berada,” katanya.

Menurut Yen, dia sendiri hanya memiliki pakaian berjenama sendiri ketika berumur 17 tahun apabila seorang abangnya menghadiahkan pakaian jenama Viktor&Rolf.

Menurutnya, ayahnya amat menyayanginya dan tidak memaksa dia mendapat keputusan A dalam peperiksaan.

“Ayah asyik memberitahu bahawa pergi ke sekolah bukannya untuk menuntut pelajaran tetapi untuk memperluaskan pandangan.

“Ayah tidak memaksa saya mendapat A dalam peperiksaan, ayah kata dapat B pun tidak apa,” katanya.

Kredit : kualalumpurpost.net

10 tempat percutian yang unik di Malaysia

1. Sekeping Serendah, Selangor


Mungkin ramai yang sejak lahir sampailah hari ini membesar dan hidup di dalam ibu kota penuh sibuk tak pernah henti. Apakata cuba bercuti di Sekeping Serendah ini.

Bagaikan satu kediaman mewah di dalam hutan! Sambil mendengar bunyi unggas dan serangga hutan, sungguh mendamaikan. Bila malam tidur pun dalam kelambu. Wow, romantik! Hehe!

Web: sekeping.com/serendah/
Facebook:facebook.com/sekepingretreats

2. The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan


Sebut sahaja Negeri Sembilan, apa yang ada dalam fikiran sesiapa sahaja tentang tempat bercuti di sana tentulah Port Dickson dan Ulu Bendul sahaja.

Namun tak ramai tahu di Seremban mempunyai sebuah tempat yang sangat menarik untuk bercuti di namakan The Shorea ini. Terdapat beberapa jenis villa penginapan yang boleh dipilih.

Web: theshorea.com
Facebook: facebook.com/TheShorea

3. Limastiga, Umbai, Melaka


Untuk yang inginkan suasana kampung yang moden, dilengkapi dengan kolam renang? Datanglah ke Limastiga. Hanya 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur sahaja.

Di sini, hanya pengunjung beragama Islam sahaja dibenarkan untuk menginap. Ini bagi menjaga kesucian tempat ini daripada haiwan dan minuman terlarang. Syabas!

Web: limastiga.blogspot.com
Facebook: facebook.com/Limastiga

4. The Dusun, Mantin, Negeri Sembilan


Selain The Shorea yang terletak di Seremban, orang Selatan Malaysia juga mungkin boleh mencuba untuk bercuti di The Dusun yang terletak di Mantin. Apapun kami merasakan tidak sesuai pengunjung beragama Islam untuk bermalam di sini memandangkan pemilik The Dusun bukan beragama Islam dan ada membela seekor Anjing di resort ini. Anda boleh lihat Anjing tersebut yang bernama "MAYA" di Facebook mereka.

Web: thedusun.com.my
Facebook: facebook.com/thedusun


5. Tanah Aina Farouq, Raub, Pahang


Untuk yang suka bercuti lebih 'adventure' lagi di dalam hutan, Tanah Aina bukanlah satu tempat yang asing lagi. Bermalam di dalam khemah yang disediakan menjadikan percutian ala-ala adventure ini bersesuaian kepada sesiapa sahaja biarpun bukan kaki camping. Tanah Aina merupakan satu resort eco-tourism di Pahang yang menawarkan sesuatu yang lain dari yang lain.

Selain Tanah Aina Farouq di Raub, Tanah Aina juga ada di 3 lokasi lain iaitu Tanah Aina Farrah Soraya di Bentong, Tanah Aina Farhana di Desaru, Johor dan juga Tanah Aina Fareena di Lentang, Karak, Pahang. Setiap Tanah Aina adalah unik dan akan membuatkan percutian kita sesuatu pengalaman yang akan diingati sampai bila-bila.

Web: tanah-aina.com
Facebook: facebook.com/tanahaina

6. Desa Balqis, Kuala Linggi, Melaka


Ingin merasai percutian ala-ala di kampung Melayu zaman dahulu-kala di tepi Selat Melaka? Desa Balqis adalah tempat yang mesti ada dalam senarai percuti anda.

Terletak di Kuala Linggi, Melaka, ini menjadi lokasi paling bersesuaian untuk mereka yang dah lama teringin nak menginap di rumah-rumah Kampung dan lari seketika dari hiruk-pikuk kota.

Web: desabalqis.com
Facebook: facebook.com/DesaBalqis


7. Templer Park Rainforest Retreat, Rawang, Selangor


Di sini, pengunjung boleh menikmati pemandangan 360 darjah sekeliling Hutan Simpan Kanching. Hanya 30 minit dari Kuala Lumpur, tak syak lagi ini antara tempat menarik untuk lari seketika dari kesibukan hidup untuk seketika.

Web: tprr.net
Facebook: facebook.com/tprr1


8. Philea Resort & Spa, Melaka



Ini merupakan resort 5 Bintang untuk yang inginkan percutian agak mewah tapi masih kekal dengan suasana yang sangat merehatkan otak. Terletak di Air Keroh, Melaka, di sini merupakan satu lagi lokasi percutian yang menarik dan patut dicuba sesiapa sahaja.

Web: phileahotel.com.my
Facebook:facebook.com/philea.resort.melaka


9. MasBro Village, Paya Rumput, Melaka


Siapa yang gemarkan suasana percutian unik lebih-lebih lagi yang tempat unik untuk memenuhkan geleri di Facebook dan Instagram peribadi, The Carpedia mungkin satu tempat percutian yang boleh anda pilih.

Sekali imbas sahaja dah nampak keunikan tempat ni dengan senibina yang sangat rare di negara ini yang mana selalunya hanya boleh dijumpai di Brighton Beach, Melbourne. Walaupun binaannya nampak kecil, tapi di dalamnya boleh memuatkan sehingga 6 orang!

Facebook: facebook.com/masbrovillage

10. Tadom Hill Resorts, Banting, Selangor


Sekali lihat bukan di Malaysia, tapi siapa sangka ianya berlokasi di Banting, Selangor. Mungkin ramai yang tak tahu kewujudan tempat ini sebelum ini sehinggalah ianya menjadi viral apabila seorang pengunjung bernama Yusry Aizat Baharudin berkongsi di Facebook gambar-gambar semasa mereka bercuti di sana.

Bagaimanapun tempat ini masih belum siap sepenuhnya dan dijangka akan siap sepenuhnya bulan November 2015 ini. Apapun pengalaman bercuti di sini walaupun tidak jauh dari Kuala Lumpur pastinya memjadi pengalaman menarik buat sesiapa sahaja.

Web: tadomhillresorts.com
Facebook: facebook.com/tadomhill

Kredit : Pen Biru Dot Com

Sentuhan Hebat Michael Bay Dalam Perang Sebenar Menerusi 13 Hours: The Secret Soldiers of Benghazi

Kalau anda peminat filem yang diinpirasikan oleh kisah benar lebih lebih lagi melibatkan konflik peperangan di negara tidak stabil dan bergolak, filem terbaru Michael Bay berjudul 13 Hours: The Secret Soldiers of Benghazi ini memang pilihan yang tepat.

Mengambil tempat di Benghazi, Libya sekitar tahun 2012 yang lalu sekumpulan bekas tentera elit telah dipanggil untuk melindungi aset Amerika Syarikat di negara itu yang berhadapan dengan serangan pengganas yang tidak terduga.
720x405-13

Banyak perkara bergantung kepada keberanian enam orang bekas tentera ini.

Filem yang digarap dari buku tulisan Mitchell Zuckoff berjudul 13 Hours: The Inside Account of What Really Happened in Benghazi menjanjikan aksi demi aksi sepanjang penceritaan dengan gaya olahan Michael Bay yang tidak pernah membosankan.

Left to right: David Denman plays Dave "Boon" Benton, John Krasinski plays Jack Silva, Pablo Schreiber plays Kris "Tanto" Paronto and Max Martini plays Mark "Oz" Geist in 13 Hours: The Secret Soldiers of Benghazi from Paramount Pictures and 3 Arts Entertainment / Bay Films in theatres January 15, 2016.

Menampilkan barisan pelakon hebat seperti James Badge Dale, John Krasinski, Max Martini, Toby Stephens, Pablo Schreiber, David Denman, Dominic Fumusa, Freddie Stroma dan Alexia Barlier kami sendiri tidak sabar untuk ke pawagam menyaksikan adaptasi kisah benar ini.

Lebih lebih lagi bila kita semua tahu yang filem Michael Bay memang tidak akan banyak bercakap dan hanya akan berikan aksi hebat sepanjang filem dan 13 Hours: The Secret Soldiers of Benghazi tidak terkecuali dari naratif yang sama.

13 Hours: The Secret Soldiers of Benghazi akan berada di pawagam seluruh Malaysia bermula 17 Mac 2016 jangan lupa ajak kawan ramai ramai, baru syok!


Kredit : rotikaya

Disangka Mesej Untuk Bagi Kata-Kata Semangat, Rupanya…Bertuah Punya Member!

Ada orang kata, friendship is more important than love. Kita semua ada that one friend yang akan sentiasa sokong saat kita jatuh dan bangun, bagi nasihat serta kata-kata semangat waktu kita sedih dan susah.

Tapi, ada beza tau cara kawan baik (best friend) dengan kawan sejati (true friend) mesej kita. Korang tengoklah sendiri contoh kat bawah ni. Agak-agak ada tak yang selalu buat macam ni jugak? ;)

“I’m Always There For You”

Screenshot 2016-03-17 15.19.26

Wow, Bagi Kata-Kata Semangat Dalam Bahasa Arab!

Screenshot 2016-03-17 15.20.02

Untung Ada Kawan Macam Ni… Sentiasa Sebut Yang Baik-Baik :’)

Screenshot 2016-03-17 15.20.54

Sekali Bila Google Translate…

2

Tak tahu nak marah ke gelak bila dapat tahu maksud sebenar ayat tu. Sabar jelah dapat kawan bertuah macam ni!

kredit : ohbulan

KANAK - KANAK MALANG DENGAN DUA TANGAN GERGASI

Popeye ialah watak kartun yang mempunyai kekuatan luar biasa dan dua tangan yang besar. Di India ada Popeye versi sebenar tetapi malangnya beliau tidak dianugerahkan kuasa luar biasa. Kaleeem (8) mengidap penyakit misteri yang mengakibatkan tangan beliau menjadi lebih besar dari biasa. Tangan beliau sekarang dianggarkan seberat 12 kilogram. Ibu Kaleem berkata beliaumenyedari anak beliau mempunyai masalah ini sejak lahir dan sudah membelanjakan banyak wang untuk merawatnya. Malang sekali sehingga kini masih tiada apa-apa yang mampu dilakukan oleh beliau. Kerana saiz tangan yang aneh ini Kaleem terpaksa berhenti sekolah kerana tidak tahan diejek dan dibuli rakan sebaya. Kasihan budak ini. Mohon ada penyelesaian kepada masalah kegergasian tapak tangan beliau di masa hadapan.




Niaga Klik

Search This Blog

Total Pageviews

Popular Posts