KANAK - KANAK MALANG DENGAN DUA TANGAN GERGASI

Popeye ialah watak kartun yang mempunyai kekuatan luar biasa dan dua tangan yang besar. Di India ada Popeye versi sebenar tetapi malangnya beliau tidak dianugerahkan kuasa luar biasa. Kaleeem (8) mengidap penyakit misteri yang mengakibatkan tangan beliau menjadi lebih besar dari biasa. Tangan beliau sekarang dianggarkan seberat 12 kilogram. Ibu Kaleem berkata beliaumenyedari anak beliau mempunyai masalah ini sejak lahir dan sudah membelanjakan banyak wang untuk merawatnya. Malang sekali sehingga kini masih tiada apa-apa yang mampu dilakukan oleh beliau. Kerana saiz tangan yang aneh ini Kaleem terpaksa berhenti sekolah kerana tidak tahan diejek dan dibuli rakan sebaya. Kasihan budak ini. Mohon ada penyelesaian kepada masalah kegergasian tapak tangan beliau di masa hadapan.




Niaga Klik

Search This Blog

Total Pageviews

Popular Posts